Subscribe Subscribe | Subscribe Comments RSS
Membantu Anda Memilih Kolej Swasta di Kuala Lumpur dan Selangor

Pinjaman PTPTN, MARA & Bantuan Kewangan Lain

Pinjaman PTPTN

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

Baca selanjutnya pinjaman PTPTN

 

Pinjaman MARA

Bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran merupakan salah satu daripada aktiviti utama MARA di bawah Sektor Pendidikan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti ini ialah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Objektif Pinjaman Mara adalah  untuk menambah gunatenaga terlatih bumiputera dalam bidang profesional, teknikal dan pengurusan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam dan di luar negara.

Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.

Laman web MARA

Bantuan Kewangan Untuk Pelanggan Kami

Sekiranya anda mempunyai masalah membayar yuran pendaftaran kolej anda boleh memohon bantuan kewangan daripada kami. Bantuan ini khas untuk mereka yang mendaftar mana-mana kolej swasta melalui kami. Pendaftaran

Bantuan Kewangan Yuran Pendaftaran